• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Nak Puasa ke Taknak???

Posted by Mr Aidil on Wednesday, August 11, 2010 No comments

Salam~

Selamat Berpuasa!
Hari ni hari 1st puasa, 11 ogos 2010..
Tadi pagi sahur ramai2 ngan member2 kedai, Alif masak la sardin,, ikan masin, ngan telur dadar, air lak teh o panas..cukup la wat sahur..

Ingat lagi puasa tahun lepas, ak time tu tgh cuti semester kat msu, so dtg la upsi ni lepak cni, 3 mggu gak la..
Pagi2 mmg alif dh bgn masak2 sumer..adik ak lak tido jerr..bangun, makan, tido balik..
Err..ak pun sbnarnyer lebih kurang jerr hahaha

Petang2 lak dalam kul 5 ke 6 baru la nk gerak g pasar depan KUO, xbyk sgt pilihan tp ok la..wat buka je pun..
Beli la nasi goreng ke..nasi ayam kerr..
Paling xpun nasi kerabu hehe..kt Shah Alam ssh woo nk jumpe nasik kerabu nih..sini? berlambak2..

Puasa tahun ni xtaw la macamana..maybe lain cket sbb ak dh kene stay kedai, so hari2 mungkin berbuka kat kedai jerr..nk jimat lagi,buka ngan ape yang ak masak dan jual-Nasi Kukus Ayam Berempah..hohoho
Tapi kalo hari2 aku bedal bende tuh buleh sakit jiwa gak la..
Maklum la..time puasa ni, bila berbuka mcm2 nk makan..

Kalo kat rumah dulu2, kalo pegi pasar mmg beli la ayam panggang, sate, kebab ke..murtabak..kuih muih bermacam2 jenis, air lak air tebu, cincau, banding, soya, jagung..pergh!!! best gilerr!!
Makanan2 n minuman camtu yang paling best kene bila time2 puasa ni la.kn kn kn?? hehe

Bila dh start puasa ni..kene la refresh balik ape dia yang boleh buat, ape yang xleh buat..so ak pun cari la bende nih:


Perkara yang membatalkan puasa

  • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila (hilang akal)
  • Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
  • Merokok disiang hari.(Termasuk menghisap ganja atau dadah)
  • Murtad (keluar dari Islam)
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya.Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga(dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja)

So..harap2 jangan la terbuat bende2 yang bleh membatalkan puasa nih..
Puasa ni bukan la nk membebankan orang..so ade la gak orang2 yang leh dibenarkan berbuka awal..

Mereka yang diizinkan berbuka

Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:
  • Orang yang sakit .
  • Orang yang berkerja buruh.
  • Orang yang dalam musafir (perjalanan).
  • Orang tua yang sudah lemah.
  • Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Tu je la..selamat berpuasa!!!

P/s: Pas sahur tadi mimpi aku ponteng puasa makan beger..apekahhh???

0 comments:

linkwithin

Related Posts 

with Thumbnails
 
  • NetworkedBlogs

  • Blogger Community

    Ourbloggerlists

    BlogMalaysia.com

    Blogged.my
    Personal blogs
  • My Blog List

  • Blog Archive

    Gengblogger