Kerja atas minat atau terpaksa??


Entry kali ni xde kaitan dengan jawatan kerja kosong, peluang kerja kerajaan atau swasta, mahupun tips-tips mencari kerja yang dah ada berlambak kat Google tuh.. Tapi aku nak story sikit pasal "kerja" dari sudut pandangan aku.

Sekarang ni, selalu jer kita nampak iklan-iklan kat internet ni pasal peluang kerja dan sebagainya. Bagi korang kerja ni ape? Hanya kerja untuk dapat duit sahaja ke atau untuk kepuasan diri? Sejauh mana korang yang telah bekerja ni gembira dengan kerja korang? Bangga ke korang dengan apa yang korang buat sekarang?
Adakah korang rasa yang kerja itu mampu menampung hidup korang untuk jangka masa yang panjang?

Ayat macam nak promote MLM, tapi aku x main benda-benda tu. Aku rasa, masyarakat Malaysia ni macam dah di tanamkan dalam fikiran diorang yang semua orang mesti kerja. Kerja yang aku maksudkan ialah kerja tetap, tiap bulan ada gaji, hidup senang, makan pakai semua lengkap, anak bini semua terjaga.

Contoh paling senang, kerja dengan kerajaan. Mungkin ramai antara kita yang bekerja dengan kerajaan,x kisah la kerja apa pun. Itu adalah kerja yang paling selamat dan terjamin. Ada yang terlibat dengan perniagaan dan ada yang terlibat dalam bidang perkhidmatan. Tanpa diorang, memang kerajaan tak boleh maju macam sekarang.

Tapi, macamana pula dengan kerja-kerja lain? Sekarang ni, aku boleh nampak ramai ibubapa yang pesan kat anak-anak diorang macam ni;

"Nak..study hard ok..dah besar jadi la doktor ke, polis ke, bomba ke..hidup senang.."
 paling xboleh blah ayat ni
"Nak..masuk lah askar, tiap bulan dapat elaun aper..sekarang ni bukan zaman perang..xpayah nk takut mati punyer"
 tak pun diorang akan cakap macam ni(kalau ada la)
"Nak..belajar tinggi2..nanti jadi la Menteri ke, Perdana Menteri ker..boleh tadbir negara Malaysia"

Kenapa? Kenapa mesti kerja2 yang macam itu? Tak boleh ke cakap yang lain..bagi kebebasan kepada anak-anak untuk ikut apa yang diorang mahu buat? Aku respect la kalau ada mak bapak yang cakap macam ni kat anak-anak diorang,

"Nak..suka makan ea..tembamnyee..nanti dah besar boleh bukak restoren makan yea.."
atau
"Nak..suka main game ye..xpe..mainlah..dah besar nanti bukak kedai game ok..xpun jadi gamer professional"
atau
"Nak..suka nyanyi ker..nanti dh besar apply AF30 ok.." (sampai ke AF30???)

Takdenyer ibubapa sekarang cakap macam tuh.. Anak bawak moto ronda-ronda kampung, dituduhnye merempit. Anaknye duduk main game 24jam, dituduhnyer bazir masa,perabih beras jer.. Anak melalak nyanyi sana sini, main gitar-bercita-cita nak buat band, dituduhnye memekak, rosak akhlak, kerja x faedah,xde masa depan.

So, dimanakah kebebasan pada rakyat Malaysia yang dah merdeka dekat 53 tahun ni?
Aku dapat rasakan kalau cara pemikiran ini tak dikawal, kalau semua ibubapa brainwash anak-anak diorang macam diatas, maka tiada lagi kebebasan bagi anak-anak untuk melakukan apa yang diorang nak.

Dulu-dulu, orang tak kisah pun pasal kerja. Asal kerja dapat tampung makan minum pakai dah cukup. Tapi sekarang tidak. Duit sentiasa tak cukup. Orang yang gaji rm1500 sebulan dan orang yang gaji rm10,000 sebulan, dua-dua akan cakap duit xcukup. Tapi ape yang pelik?? Dua-dua masih hidup bernafas dan cukup makan minum.

Kemudian aku terfikir.. Mungkin inilah sebabnya ramai orang tanya:

"Hidup untuk kerja atau Kerja untuk hidup??" 

Fikir-fikirkan lah..

p/s: Bangga dengan orang yang buat kerja ikut apa yang diorang betul2 nak.

Comments

Popular posts from this blog

5 benda korang jangan buat kalau datang Saba Restaurant

Awek Cun & Comel: Patut Tegur atau Tidak?

Demam..macamana nak elak dan dapat.