Siapa suka jadi Bos???

Salam~

Aku tak faham sangat la kenapa orang sekarang ni suka sangat kejar jawatan dan pangkat. Kadang2 ada yang sampai bergaduh dan bertelingkah sebab rebut jawatan. Ada jugak yang sangup berhabis duit untuk mendapatkan gelaran dan pangkat tertentu. Semua itu untuk apa? Kuasa? Supaya disanjungi orang? Menjadi kaya raya? 

Bagi aku, aku TAK berapa suka sangat berjawatan besar2 ni. Kalau dalam sesebuah syarikat, aku lebih rela jadi kerani dari jadi bos. Memang la duit itu x seberapa jika dibandingkan dengan gaji bos, tapi yang penting aku hidup selesa dan happy. Kerja bos ni penat..semua nk kena fikir, kena manage elok2, perjalanan syarikat ok ke x, aliran duit keluar masuk ok ke x, kebajikan pekerja lagi..(aku boleh je buat semua tu..tapi malas).

Dan kalau kita jadi bos, aku rasa mostly orang yang baik dengan aku tu hanya berpura-pura baik. Depan je baik,belakang bukan main kutuk maki sumpah seranah. Pastu mungkin ada yang baik sebab nak bodek dan sebagainya. Hipokrit la orang kata. 

Dan mungkin ada juga orang yang benci kat kita tapi dia tak tunjuk depan2..dan mungkin jugak ada orang yang takut dengan kita sebab kita ada kuasa. (rasanya kuasa ni yang orang selalu nak). Rasa best, bila orang takut kat kita..best ke? Kita hebat ke Tuhan hebat? Kenapa kita NAK orang takut kat kita sedangkan patut takut kat Tuhan..takutkan balasan akhirat dan sebagainya..

Dan yang paling aku takut, salahguna kuasa. Bila kita pegang jawatan besar, xkisah la apa jawatan sekalipun, even class rep pun, tanggungjawab pun besar. Kerja kena la penuh bertanggungjawab dan amanah. Tapi sekarang ni?? Rasuah terjadi merata-rata tempat. Siapa yang malang? Rakyat dan masyarakat kita juga yang terkena tempiasnya.

Kesimpulannya..x salah untuk berusaha memperbaiki taraf hidup dan bekerja keras mengubah nasib diri, tetapi mestilah dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas.


 Telah berkata Saidina Abu Bakar setelah dilantik sebagai Khalifah Islam yang pertama:


“Wahai manusia, telah kamu memilih saya sebagai pemimpin di atas kamu dan bukan lah aku terbaik dari kalangan kamu, sekiranya aku baik, maka bersamalah dengan ku. Sekiranya aku melakukan kejahatan, maka perbetulkan lah aku. Menyata yang benar itu adalah amanah, dan pembohongan itu adalah khianat…”

p/s:  Apa guna naik pangkat kalau takat naik gaji 200, or 300 sahaja berbanding pangkat sebelumnya. Pangkat naik,tapi kerja dan tanggungjawab pun naik berkali ganda..huhuhuhu

Comments

Mr Daha said…
Pergh... ada quote Saidina abu bakar tu.. dasat ah.. :D

Popular posts from this blog

5 benda korang jangan buat kalau datang Saba Restaurant

Awek Cun & Comel: Patut Tegur atau Tidak?

Demam..macamana nak elak dan dapat.