Skycatcherz Tales 3: Kenapa mesti menipu (brader teksi)

Salam~

Halo2..entry kali ni..kita continue story tajuk ketiga..kenapa mesti menipu..brader teksi. Siapa si brader teksi ni ek?? Ha..dia ni salah satu member (xde la mmber sgt pon) yang slalu lepak kedai beger aku. Kerja dia of cos la si pemandu teksi. Tapi dia ni separuh hari je. Kenapa? sebab pagi smpi petang dia bawak..dari petang ke malam,orang lain lak bawak. Boleh pulak macam tu.

Bila ditanya ok ker x keje ni..byk duit dapat ke..dia ckp ok la..area KL ni ramai nk guna teksi. Siap ada regular costumer lagi. Pagi2 lagi dia dah kena pergi sana pergi sini amik costumer dan hantar costumer regular dia. Memang hari2 la costumer dia nk guna khidmat dia. (Rasanya suh antar pergi balik kerja je kot)

Bila shif dia dah habis, dia akan park sebelah kedai aku dan tggu kawan dia lak continue bawak teksi dia. Sambil tu lepak2 la makan minum borak2. Bab borak memang dia hebat. Pung pang pung semua cakap nak gempak jer. Time mula2 aku kenal..best la sebab dia cerita macam2. Tapi sikit demi sikit aku perasan x semua yang dia cerita tu betol. Kadang2 dia cerita bende tu macam ni..pastu bila cerita dengan orang lain (aku kebetulan ada kat situ) cerita tu pusing jadi lain lak.

Mula2 aku x amik pusing sgt..tapi makin lama geram pn ada. Sebab dia suka cerita benda tak betul. Boleh jadi fitnah pn boleh. Ntah la. Aku tak faham la..kenapa perangai dia macam tu ek? Bohong sana sini..tipu sana sini..best ker?? Bagi aku xbest langsung.

Kenapa? Rules paling simple tapi susah nak buat kalo kita start berbohong ialah..kita kena sentiasa ingat apa yang kita bohongkan. Kalau kita bohong kita ada kereta porshe kat rumah kita kena ingat. So kalo orang tanya.."Bro..mana kereta? xbawak ke ari ni?" kita kena otomatik ingat dan jawab.."Oh..xla..arini ayah aku nak guna kereta". Kalau kita blur2 pastu jawab balik.."Eh sejak bila aku ada kete porshe?" Sah2 kantoi dan malu. Bukan takat kena ingat jer..buatnye member nak datang rumah nk tengok? Macam giler ko nak sewa kete porshe pastu pacak kat depan rumah.huhu naya2..

Perlu ke menipu bohong semua ni? Aku x suka cakap bohong melainkan bila perlu. Contoh paling mudah kalau aku dah janji x cerita rahsia yang kawan aku bgtaw aku kat orang lain, mmg aku xkn cerita langsung. Kalau orang tanya,aku jawab xtaw je. Bohong tapi sbb aku dah janji. Eii..xsuka la orang bohong2 ni.. Sekali kalau kita bohong selama-lamanya orang xkn percaya lagi kat kita. Cakap je la apapun..orang takkan mudah percaya apa yang kita cakap. Betul x?

Aku rasa la kan..orang yang suka bohong ni macam x confident dengan diri sendiri..tu sebab dia buat2 cerita. Pastu..bohong lak sebab nak larikan diri dari tanggungjawab sedia ada. Orang tanya kenapa datang lambat kerja? Bohong la tayar pancit la..motor rosak la..jalan jam la..pastu sampai satu hari betol2 datang lambat sebab tayar motor pancit sah2 bos buat tak taw jer..sebab dia ingat itu cuma alasan semata-mata. x ke sadis tu??

Kesimpulannya..toksah la dikembangkan bakat berbohong dan menipu ni..x elok.. Xde orang suka kat orang yang kuat menipu ni. Benci adala.. Henti2 kan la ea..

P/s: Cadangkan bawak buku nota kepada orang suka tipu ni supaya dia ingat apa yang dia tipu..huhu

Comments

Popular posts from this blog

5 benda korang jangan buat kalau datang Saba Restaurant

Awek Cun & Comel: Patut Tegur atau Tidak?

Demam..macamana nak elak dan dapat.