Skycatcherz Tales 4: Jangan mudah percaya orang (offer kerja)

Salam~
Skycatcherz Tales continue..

Entry kali ni tentang kisah seorang costumer yang datang beli beger dengan aku dulu2..(2009)
Time tu, hampir lewat malam..aku pun dah nk setting tutup kedai dah pun ngan partner aku.
Then datang la sorang mamat ni, jalan kaki jer..gaya selamba, pakai baju kemeja smart2, dengan kasut kulit sumer. (gaya baru balik kerja). Dia order la sebijik beger. Kitorang pun buat la.


*kelentang kelentung*

Sambil2 tu borak2 la sikit..tanya la
"Abang, baru balik kerja ke?" 
Dia jawab "Aah..baru balik". 
Then kitorang tanya la
"Abang ni kerja apa?" Dia x jawab kerja apa..dia cuma jawab,
"Adala..kerja biasa je..kerja office". 
Pastu entah kenapa abang ni mula pulak tanya kitorang. Tanya macam kat bilik interview plak rasanya. Asal mana..dah lama ke kerja jual beger ni..untung ok ke x..bla3..

Then, dia cakap la.."Abang ni sebenarnya tengah cari orang ni.. adik nak kerja x??"
Aku jawab la.. "Xpela bang..saya dah ada kerja dah..pagi saya kerja ngan pakcik saya..ni pun part time jerr cari duit lebih sikit.." 
Abang tu pun ok jer.. Pastu dia offer la..dia cakap "Ala dik..kerja ni gaji berapa la sangat..xnk ker try2 kerja lain??"
Aku pun tanya la "Kerja lain tu kerja apa??" (sifat ingin tahu memuncak).
Abang tu jawab "Adala..tapi xleh bincang sini..datang la office abang..xjauh..depan tu jerr" (sambil tuding jari ke bangunan depan dia).

Sepanjang conversation aku ngan abang tu..partner aku join gak cakap2 tapi memang nampak x minat langsung nk join kerja ngan abang tu. Dia just layan biasa2 jer..aku plak lebih2..aku memang tengah cari kerja part time lain..jual beger ni penat..abang tu cakap kerja yang dia nak bagi ni senang jer..beberapa jam je kerja tapi gaji masyuk.. Best tu..sape xnk wooo...

Bila abang tu blah jer..aku tanya la partner aku tu.
"Weh..ko xnk ker try join kerja abang tu??" 
Then partner aku pun cakap la..
"Ko percaya ke cakap abang tu??
Aku terdiam. "Kenapa pulak x percaya?" Aku tanya balik.
Then partner aku tu pun cakap la (macam ceramah pun ada).

Ko ni..jangan mudah sangat percaya kat orang. Lagi2 orang tu ko x kenal. Lagipun xde bukti apa yang dia cakap tu semuanya betul.. Ntah2 dia tipu ko jer..tapi ko plak percaya bulat2 je semua dia cakap.
Ni KL la beb..ramai penipu kat sini..ko kalau ikotkan sangat gaya innocent ko tu..sah2 mati kat KL ni. Xleh hidup langsung. Habis kena tipu dengan orang jer.

Then dia sambung. Cuba ko fikir..kalau betol la abang tu kerja best, kenapa dia balik kerja lewat malam? Kenapa x balik petang macam orang lain??
Kalau betol la gaji kerja yang dia buat tu masyuk, banyak, kaya raya..kenapa dia datang sini jalan kaki? Mana kereta besar dia? mana motorsport dia? Dan kalau betol la dia banyak duit..kenapa dia datang sini dan order beger? Kenapa dia xpergi je mana2 kedai makan yang berlambak kat Kg Baru ni??

Serentak itu..aku tersedar..orang kata..macam baru sedar dari tidur la..mula2 mamai jer..pastu bila dah sedar terbeliak mata..otak mula start berfikir. Aah..betol jugak cakap ko.. Aku xsangka pulak abang tu tipu.. Partner aku cakap balik..Tula ko..ko xleh fikir yang semua orang cakap itu betol2 belaka. Tak semua orang macam ko. Kat KL ni macam2 orang ada..

Time tu umur aku baru 20 tahun dan itu la kali pertama aku merasa hidup di alam pekerjaan dan hidup didunia sebenar. Aku mungkin dah terbiasa dengan suasana persekolahan, dan kolej dimana rata2 orang disekeliling kita adalah rakan2 sebaya dan kawan2 satu kolej. Jadi bila jumpa orang baru..aku secara automatic rasa dia tu kawan aku dan aku boleh percayakan dia. Tapi bila didunia sebenar ni..JANGAN MUDAH PERCAYA KAT ORANG.

Thanks to my partner. Nasihat dia memang aku ingat sampai mati huhu

p/s: Aku baru perasan yang abang tu bayar guna duit syiling jer..memang banyak syiling or xde duit?? Ntahla..

Comments

Anonymous said…
whats up skycatcherz.blogspot.com admin found your blog via search engine but it was hard to find and I see you could have more visitors because there are not so many comments yet. I have found site which offer to dramatically increase traffic to your site http://mass-backlinks.com they claim they managed to get close to 4000 visitors/day using their services you could also get lot more targeted traffic from search engines as you have now. I used their services and got significantly more visitors to my site. Hope this helps :) They offer most cost effective services to increase website traffic at this website http://mass-backlinks.com

Popular posts from this blog

5 benda korang jangan buat kalau datang Saba Restaurant

Awek Cun & Comel: Patut Tegur atau Tidak?

Demam..macamana nak elak dan dapat.