Skycatcherz Tales 5: Reality tv terlalu banyak

Salam~
(entry ini ditulis berdasarkan note aku)

Entry kali ni bertajuk: Reality tv terlalu banyak. So,bila cakap realiti tv ni..aku maksudkan realiti tv area nyanyian seperti Akademi Fantasia, Mentor, Mystarz, Malaysian Idol, One in a Million dsb. So, aku nak ulas la sedikit pasal lambakkan program realiti tv di Malaysia ni. Bagus ke tak bagus.

Aku rasa cerita ni bukan lagi isu baru..ni cerita lama punya. Time aku catit note ni (tahun 2009) kira tengah hot la topik ni. Semua orang kecoh x suka banyak sgt realiti tv nyanyian ni. Hiburan banyak sgt la..x elok la..ape la.. Rancangan sampah dan banyak lagi la.

Bagi aku? Aku lebih kepada TAK suka rancangan realiti tv. Terlalu banyak..semua start dengan AF. Aku dulu2 minat la jugak tgk AF. Tapi cuma AF yang ada Mawi, Haziq ngan Stacy jer. Haziq AF4 aku tgk sebab dia tu member aku. Dulu sekelas ngan dia. Tapi sejak dia pindah sekolah dah xjmpe sgt la. Mawi lak sebab hari2 time perhimpunan sekolah cikgu aku kecoh dan cerita pasal mawi. Ada ke cerita pasal Tsumawi kat perhimpunan sekolah?? Ish3.. Yang stacy lak sebab mak aku suka dia..so bila mak aku dah bukak AF hari2..xke aku pon otomatik tertengok skali??

Aku cuma tengok AF jer..pastu ntah dari mana keluar pulak rancangan2 lain. Kadang2 pening kepala pon ada. Semua suruh undi..dah memang itu je sumber pendapatan rancangan2 ni. Aku nak undi?? Sorry..habis duit jer..sape menang sape kalah bagi aku sama jer. Kalau memang dah berbakat tetap menyerlah jugak la. Tak caya tengok si Aizat tu. Makin meletop2 dia sekarang.

Tahun demi tahun..rancangan2 ni tetap diteruskan.. Orang kata dapat sambutan menggalakkan la rating tinggi la ape la. Tapi masuk tahun ke-3 ke-5 dan seterusnya..bila kutipan duit undi jatuh, tetap jugak diteruskan program tu. Buat ape? Lepas tu..artis bawah naungan diorang makin lama makin bertambah. Tapi xpernah pulak nmpk muka buat konsert dan sebagainya. Beberapa orang je yang menonjol. Yang lain?? Simpan dalam stor.

So? Bagus ke x bagus banyak realiti tv ni? Ok la..kita cuba berfikiran positif sikit. Fikir pnye fikir, aku rasa ada elok nye jugak ada rancangan2 macam ni. First, ianya dapat menambahkan muka2 baru dalam industri hiburan tanah air. Kalau tiap tahun orang yang sama je menang award ape kejadahnye macam tu?. Bak xyah buat award kan.. Lepas tu, dengan adanya realiti tv ni jugak bertambah la jumlah pelakon dan pengacara kat Malaysia ni. Budak2 AF la banyak..xdapat nyanyi..campak pergi berlakon. Campak pergi masuk konti radio,jadi Dj. Campak pergi jadi pengacara..ok la. Nampak la jugak kesan positifnya.

Kesimpulannya??? Korang suka ke tak suka ker..program ni akan tetap berjalan seperti biasa. Tak tahu la macamana nak hentikan rancangan2 tue. Dah dapat sambutan..xkn nk stop pulak kan..biar je lah..

p/s: Cuba time dia buat audition..SORANG pun jangan datang. Tgk gelabah x gelabah diorang. ^_^ hehe

Comments

Popular posts from this blog

5 benda korang jangan buat kalau datang Saba Restaurant

Awek Cun & Comel: Patut Tegur atau Tidak?

Demam..macamana nak elak dan dapat.