Skycatcherz Tales 6: Dunia macam2 orang


Salam~
(entry ini ditulis berdasarkan note aku)



Note ini dicatit semasa aku menjadi peniaga beger. Hari2 aku berniaga..bukak kedai..tunggu costumer datang. Ada hari costumer ramai datang, hari kurang costumer datang..dan pernah xde costumer datang sekali pon. Kerja jual beger ni bosan pon ada. Tungguu je orang datang. Lagi2 tepi jalan..tengok kereta lalu lalang je la dan kalau nak hilangkan bosan, cari kereta no flat negeri lain selain KL. Biasanya aku cari Johor la.

Termenung jauh dah ni..tunggu orang, sorang pun x lalu depan mata. Tapi kereta motor banyak lalu (tapi tak berenti huhu). Buatkan aku terfikir..ramai2 orang ni semua nak kemana ek?? Dah malam2 pun jalan raya depan mata ni xpernah lenggang.

Mungkin ada yang tengah on da way ke pejabat..atau on da way balik ke rumah setelah satu hari kerja.
Mungkin ada yang tengah  nak pergi makan..maklum la lapar malam2..Kg Baru ni memang tempat makan.
Mungkin ada yang tengah dalam kecemasan?? Bini nak beranak ker?? Bawak laju macam pelesit.huhu
Mungkin ada yang tengah nak pergi bercuti?? KL ni slalu je orang datang sebab melancong. Agak2 sesat tanya aku..ingat aku ni tour guide ker? aku ni jual beger je la..apa laa..

Setiap kereta yang lalu, aku terfikir..siapa la orang tu. Nak kemana la dia. Lelaki ke perempuan? Sorang je ke atau satu family? Kerja apa diorang ekk? Macamana la kehidupan diorang..lebih baik dari aku ke lagi teruk dari aku. Tertanya-tanya jugak, sedara mara aku kah? Mana tahu sedara jauh. Kawan2 aku kah? Kawan aku bersepah satu Malaysia..tapi yang betol2 kawan sekerat dua jer.

Tu x masuk pelbagai jenis orang yang datang beli beger ngan aku. Dari ahli perniagaan sampai la ke mamat bangla kontraktor dan even pekerja jkr buat jalan pon pernah datang kedai aku. Best pun ada. Yela..hari2 kita jumpa macam2 jenis orang. Bukan selalu..betul x?

Dunia ni macam2 jenis orang ada. Terlalu ramai orang. Agak2 nya kalau aku ni xde. Ada kesan ke? Berjuta-juta orang kat dunia ni. Hari-hari orang mati dan hari-hari orang dilahirkan.. Kalau aku ni yang kalau tengok dari atas sebesar semut ni ilang. Rasanya bandar KL ni tetap sama jer. Aku bukan artis, nak orang ushar sepanjang masa. Aku bukan bussinessman terkemuka yang orang tggu2 buat appointment seminggu awal. Aku bukan orang besar..menyumbang kepada negara. Aku cuma manusia biasa..rakyat biasa..insan biasa.

Mungkin sebab ini, ramai orang cuba untuk menonjolkan diri. Cuba nak tunjuk kat dunia..AKU ADA DISINI. Mereka nak diri mereka dihargai..hidup mereka bernilai..nak jadi famous supaya semua orang kenal. Tu yang kes kawan facebook beribu2 tapi semua xkenal, xpun buat video mengarut dan upload kat youtube supaya orang tengok dan komen. Aku xbuat semua tu. Sebab aku xkesah. Femes ke x femes ke sama jer. Asalkan aku x kaco hidup orang dan orang x kaco hidup aku.

p/s: Pelik dengan orang yang sanggup femes dengan buat benda2 bodoh..ape la sangat ko kejar kan..dunia2..

Comments

Popular posts from this blog

5 benda korang jangan buat kalau datang Saba Restaurant

Awek Cun & Comel: Patut Tegur atau Tidak?

Demam..macamana nak elak dan dapat.