• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Skycatcherz Tales 7: Perempuan tak kenang budi

Posted by Aidil on Sunday, January 30, 2011 No comments

Salam~

Kisah kali ni tentang awek partner beger aku (tahun 2009). Nama awek ni dirahsia kan (sebenarnya aku dah lupa apa nama dia huhu). Partner aku lak nama Hisyam. (Bukan nama sebenar). Aku agak ragu-ragu nak cerita sebab ni cerita antara aku ngan syam jer. Tapi sebab cerita ni dah lama,dan orangnya pon dah lost kontek, aku pun dah bertahun xjumpa dia, rasanya boleh la dicerita,untuk dikongsi dan direnung2kan bersama.

Syam dengan awek ni dah lama gak la kaple. Dekat 4 tahun (??) Rasanya la.. Sudah lama kenal, dah lama kaple..semua dah lalui susah senang bersama..tapi satu hari tiba2 dia bgtaw aku yang dia dah clash dah dengan awek dia. Aku terkejut la sebentar. Then tanya la kenapa clash dan sebagainya.

Dia pon story la..awek dia ni sebenarnya dah lama dah tunggu si syam ni.
Yela..kaple dah dekat 4 tahun tapi still xde progress apa2. Awek dia ni pulak asyik tanya je..bila nak masuk meminang..duit dah cukup ke belom semua la. Yang si syam ni pulak, umur baru 24 tahun (diorang sebaya), belajar xde la tinggi sangat. Duit pon cukup2 makan jer.Dia mintak la jugak masa untuk dia cari duit..

Aku tengok si syam ni dah cukup berusaha kuat dah ni. Pagi dia kerja dengan pakcik aku, buat signboard besar2..6 kaki panjang..12 kaki panjang..kerja penat taw. Pastu malam lak datang tempat aku,tolong aku berniaga jual beger. Untuk apa? untuk perempuan tu la. Dia kerja keras untuk cari duit. Hari2 balik pukul 1 pagi,pastu pukul 9 pagi dah kena pergi kerja balik. Apa perempuan tu x boleh fikir ke? Tak boleh ke nak faham penat lelah bf dia cari duit???

Tambah buruk keadaan, syam cakap kat aku yang dah ada orang lain cuba ushar2 awek dia. Dan sah2 la orang tu lagi bagus dari dia. Orang tu kaya raya..dah ada rumah, kereta, kerjaya bagus..apa yang dia tak ada cuma seorang isteri peneman hidup. Memang tercabar la si syam ni bila tahu yang awek dia ni pandai2 nk curang belakang dia. Pastu gadoh. Ari2 gadoh..last2 clash..

Aku cuba2 la jugak nak fahamkan perasaan perempuan tu. Tapi tetap geram dan marah bila fikir2 balik.
Ok laa..perempuan tu mungkin tertekan..yela..4 tahun kaple..umur pun dah jejak 24 tahun..rata-rata member dia mesti ramai dah kawin..mungkin ada yang dah ada anak dah pun. Dia tu bila lagi?? Nak harapkan boifren dia kaya jauh panggang dari api..tup2 ada pulak la orang kaya minat kat dia..sape xnak kan.. Tambah pulak orang tu dah ada rumah sendiri..kereta sendiri..kaya pulak tu..cerah woo masa depan. Kahwin teros boleh duduk rumah sendiri. Best tu..

TETAPI..macamana dengan bf dia yang x seberapa nak kaya ni? Apa cinta dia 4 tahun ni cuma satu penipuan sahaja? 4 tahun kenal..hancur macam tu je? xde kesan pape pun? Adakah wang dan harta benda melebihi rasa cinta yang dibina selama 4 tahun ni? Mungkin benar cakap orang, wang adalah segala-galanya. Dunia sekarang ni kalau xde duit, memang orang xpandang punya. Perempuan sekarang semua mata duitan, materialistik!

Sekarang (2011), aku tak tahu la ape kes syam sekarang ni..buat ape pun ak xtaw. mgkin still kerja kat tmpat pakcik aku jugak?? Tapi dulu time aku berenti kerja ada dengar syam lari/dh berenti kerja. Ntah la..
Papepun..aku harap dia dapat teruskan hidup macam biasa..dan kalau boleh berusaha dan menjadi seorang kaya raya..biar terlopong mulut ex-gf dia nanti.

p/s: Kaya dunia ni sementara jer..ko x boleh bawak ke kubur la rumah banglo..kereta sport..blackberry dan ipad ko tu..ish3....

0 comments:

linkwithin

Related Posts 

with Thumbnails
 
  • NetworkedBlogs

  • Blogger Community

    Ourbloggerlists

    BlogMalaysia.com

    Blogged.my
    Personal blogs
  • My Blog List

  • Blog Archive

    Gengblogger