Posts

Showing posts from February, 2011

Sampai rumah sudah..

Image
salam~

Akhirnya setelah seminggu lebih aku terlantar kat hospital putrajaya, semalam, aku dibenarkan keluar dari hospital. Hehe gumbira tak terkata sebab dah boleh keluar, xpayah la nak baring je 24jam, pandang syiling, pandang tingkap, pandang nurse..eh eh..x..hehe

Semalam, dalam pukul 7.30mlm la aku dibolehkan keluar wad. Aku duduk sana adala dalam 8 hari dengan total kos perubatan sebanyak rm1240.00. Yeap..mahal giler..harga ubat2, ujian darah semua ok la beberapa puluh jer, tapi harga ujian CT scan melampau2 mahal weh. rm400+!. Bila aku tanya ayah kenapa mahal dia cakap, sebab mesin tu pun mahal, berjuta lemon harganya. Ooo..patutla..

Keluar jer hospital, aku terus pergi balai polis putrajaya yang terletak betul2 depan hospital putrajaya. Aku disuruh buat repot polis pasal kes ni. Ayah cakap ni untuk senang nak mintak claim SOCSO. Aku yang memang blur2 gila ikoot je la.

Lepas tu, aku pun pergi ke tempat kerja aku, SABA Restoren Cyberjaya, sebab bos aku, Sulaiman Hamid dengan murah…

"Belum boleh keluar hospital dik.."

Image
Aiseh punah harapan dan impian aku nak berambus dari hospital putrajaya nih. Walaupun duduk tempat 1st class, makan sedap ape sedap tapi aku bosan..huhu
Doktor datang pagi tadi, lepas check semua, dia kata ok, tapi dia x bagi balik lagi sebab nak repeat ct scan. Dia nak tengok lagi sekali keadaan hati aku yang berdarah teruk tempoh hari. Kalau ok, baru boleh keluar. Masalahnya ct scan tu penoh! Orang beratur nak guna..alahai..bila la nk keluar nih.
Takpe2. Ape leh buat, tunggu je la.. maen2 fb, lawat2 blog, nak gegar, xsempat. kang nurse nampak abis kene rampas laptop aku nih hehe
bye

AKU ACCIDENT WEHHHH!!!

Image
ARGHhHH!! kEBABooMM.

Tempat: Cyberjaya
Masa: 10.30pm
Tarikh: 13 Feb 2011
Punca Kemalangan: Mengelak Siput Babi

Huhuhu..seminggu lebih aku x berblogging.
Projek GEGAR 1000 Blogs aku pun tergendala,
Entry rakan2 blogger semua tertinggal jaoh.
Semua gara2 aku terlibat dalam kemalangan jalanraya minggu lepas.

Esok, genap la 7 Hari aku terlantar kat Hospital Putrajaya nie mengenangkan nasib badan..
Alahai..apa nak buat..

*Flashget..ehh bukan..flashback...*

Malam tue, aku baru habis kerja, then on da way balik tue, tetiba pulak nak try jalan lain.
Sampai je kat roundabot yang ada restoren al-naz maju tu, tetiba melintas lak si siput babi.
Ape lagi, gelabah la aku nak mengelak, teros terbabas jatuh!

Guling2! *background music hindustan*

POM! terlanggar tiang lampu jalan. Kene kat perot. PERGH!!!! Sakit jangan cakap la..huhu
Seminit tggu org tolong smbil tahan sakit.
Then org datang, tepon ambulan.
15 minit kemudian dengar la tenong tenong tenong si ambulan tue.

Doktor kata internal bleeding k…

Penat ker Ber-Blogging nih?

Image
Penat.
Sangat penat.
Kenapa?
Macamana tak penat?
Orang xsuruh aku buat.
Aku penat sebab:
Pergi GEGAR 1000 blogs, baru cecah 80 jerk! huhuhu Pergi baca entry2 orng, komen2 sikit, tekan ape yg patut :p
Selepas banyak meng-follow, banyak jugaklah entry nak baca. So kepada entry yang aku masuk tu tahniah sebab tajuk entry anda memang buat orang nak tgk  apa yang ada dalam tue.
Penting jugak tajuk. Kalo aku follow 1000 orang, 1000 entry aku nak baca? Gilo tuuuuu.. Men skip2 jer..huhu
Rasanya tajuk Oh penat macam ni xde orang nak bukak punyer.huhu
dah2 aku nak tido. esok kerja :)

Happy Di Hari Ahad

Image
Oh..sudah hari ahad kah? Rasanya baru je minggu lepas hari ahad. Cepat betol masa berlalu. Yeah..memang aku merapu. Ntah hape2 je la aku nih.hehe

Ape dah berlaku seminggu nih? Aku pon xpasti. Pulak dah. Yela..bila dah start kerja nih, hari2 macam hari2 jer. Xde hari yang macam bulan dan xde hari yang macam tahun. Semua hari macam hari.

Oh damn, Aku mengarut lagi. Ape kene aku malam nih.huhu

Kalo kat Mesir memang hepy la. Mubarak turun takhta. (takhta ke? dia raja? ahh xkesahla)
Yang penting x ramai suka dia, diktator..xpe2.. Hepi2 ^__^ smiles..heee

Man U pun menang malam nih. 2-1 ngan Man City. Hepy2 ^___^
Ape lagik. Ha..follower aku bertambah dari 39 kepada 60+

Dah2 aku nak sambung GEGAR follow 1000 blogs nih.
Hepi2 bila bukak draft byk post update utk dibaca.
Tapi xdapat baca semua la..huhu Sorry

Kempen: Say NO To Valentine Day

Image

Hari yang tenang tetapi..GEGAR!!!

Image
Alhamdulillah..hari ni semua berjalan ok jer.. kerja ok jer..xde orang nak marah2, costumer nak mengamuk ker, order x sampai ker, atau pun tersalah order makanan. Orang yang datang pun suam2 kuku jer. Bagus2..kalo hari2 macam ni memang best.

Dalam ketenangan yang damai di hari ni, kepala dok pening jer memikirkan program gegar follow 1000 blog yang aku ngada2 nak buat tuh. Sendiri cari penyakit, tapi xpe!!! Akan ku GEGARRR semua. huhu Tunggu je la giliran sape2 yang dalam list tue :p

Banyak lak nak buat. Dulu blog sorang2 jerk. Xde la nak tegur sape blogger lain. Malu la kononnyer..yela..blog baru..template pun tah pape.malu2. Tapi last2 bersemangat pulak nak tegur orang, komen2 orang, follow2 orang dan macam2 lagi la.

Aku rasa bukan aku sorang jer yang jadi silent reader. Ramai jerk. Adik aku lak cakap jgn baca pastu biar jer. At least komen la. Tapi nak komen ape? Aku x reti komen2 nih. Takot salah cakap kang boleh gado.huih..harap2 xla,hehe

ok. nak sambung baca entry2 terbaru dan k…

Penat men-GEGAR

Wah..baru je bukak 37 blog dan follow. Thanks kepada yang follow balik. ^_^
Tapi sedih ada blog yang xleh bukak macam: http://ikapukpuk.blogspot.com/
sebab dia pilih orang tertentu je boleh view blog dia.
(xnk org view apesal nak masuk gegar blog? huhu x gegar la camni) xpela..xde rezeki..

Stop stakat ni dulu..karang malam aku sambung gegar balik.
Baru 37..blom 40, 400 apetah lagi 1000?? Tenet dah la slow macam kura-kura..
Pastu nak follow kena taip verification code lagi.huhu leceh tapi xpe..
Sekali seumo idop la katakan..dah follow sekali mmg akan follow smpi bebila.hehe

Ok.dah nak masuk waktu solat. Aku chow dulu

GEGAR 1000 Blogs??

Image
Firstly congrats kat bro ben ashaari sebab berjaya menggegarkan 1000 blogs dalam masa..err berapa hari ek? dia cakap 3 hari tapi macam dah lebih jer..xpe2 congratz2 hehe

Rajin tu..aku ni nak bukak draft blogger pon jarang nak post lagila kureng, sah2 xmampu nak buat macam bro ben tue. Kira respek la ngan dia. Eh apesal aku cerita pasal bro ben ni plak? huhu dah kalo kat Dashboard asyik blog dia jer update sah2 ari2 aku "ter"pergi blog dia.haha.

1000 blogs, dah pun di-list kan. Tahniah kepada semua yang tersenarai. Aku? Lambat kot nak join. Tggu bro ben buat GEGAR 2000 Blogs pulak! ehehe mampu ker? eh..jangan cabar..karang betol2 kang dia buat!

Apa nak buat ngan 1000 Blogs tu? ape lagi..buat blogwalking la..lagi ramai lagi bagus. Aku suka follow2 orang nih. Biar kat dashboard nanti macam2 cerita keluar. Suka baca entry orang. Tapi jarang komen.hehe
Nak senang view 1000 blog tu tengok je blog bro hasrul hassan ni. Dia dah list semua kat situ (dengan izin ben)

p/s: aku nak GEGA…

Firework mlm ni kenapa?

Image
Baru nak tido, kat luar tadi dalam 12.30am berdentam dentum mercun, bunga api semua. Aku pelik la kenapa? Ada festival ker? Ada perayaan ker? Dah masuk tahun 2020 ker? Ish melalut lak.

Cari punye cari..jumpe la reason kepada adengan mercun malam nih.

The 9th day, Hokkien New Year: this day is particularly significant to Hokkien Chinese: on the ninth day of the New Year (it is said), the enemies of the Hokkien tribe banded together to wipe the Hokkiens from the face of the earth. As a horrible massacre ensued, a few survivors hid in a field of sugarcane. The heavens intervened, and the marauders left. Since then, Hokkiens have thanked the Jade Emperor for his intervention on the 9th day, making offerings of sugarcane stalks tied together with red ribbons.


credits: http://goseasia.about.com/od/culturepeople/a/seasiacny.htm


Chinese New Year sambut 15 hari. Tiap2 hari ada la dia punya sambutan dan sebab. Boleh la ushar kat internet kalo nak tawu. xpun klik sini jer. MORE>>


Dah..nak tido…

Skycatcherz Tales 10 and 11: Zul KLCC dan tuuut...

Image
Harini xde benda aku nak post, so aku ingat continue menda merapu aku yang dulu2 tu je la.
Aku ni suke bercerita. So, sape nak baca boleh la baca, sapa xsuka baca...apesal korang bukak blog aku?? baca2! hehehe


Disebabkan kisah ni sekitar tahun 2008, aku dah lupa sape dia "Zul KLCC" tu. Aku ingat nak story pasal dia dalam tajuk ke 10, tapi aku combine je la dengan yang ke 11 skali iaitu "Ganja".wooo berat nih


Zul KLCC aku jumpe time aku naik komuter malam2. Dia kerja, of cos la kat KLCC. X kn kat Selat Tebrau lak kan..
Dia muda, bujang, berkerjaya besar, gaji masyuk giler dan kerja kat KLCC. Eh? aku dah bagitaw ke tadi?..huhu
Well actually, ni 1st time jumpe org KLCC tulen. Tu yang jakun.hehe


Dia cerita macam2. Aku xingat semua, tapi dia ada cerita siapa yang duduk kat tingkat paling atas KLCC, pastu tingkat bape tah, ada pejabat PM, pastu dia cakap orang ramai boleh datang melawat, jalan2 kat jambatan KLCC!!
Aku ni nama jer orang Malaysia, tapi xpernah naik KLCC. Naik lif…

100 Bloggers Diperlukan

Image
Sebelum tido ni aku bw la kejap. Pegi sana pegi sini..ternampak lah pulak blog yiedpozi nak carik 100 orang bloggers untuk dia punya blogwalking widget. Kira senangkan diri la nak blogwalking dari bukak satu-satu nak tgk dan baca.

Nak join skali? Jom2. Kalo sempat lagi la. Aku pun xtaw sempat ke x. Men terjah je join hahaha

Apa yang perlu korang buat ialah

1. Buat satu post yang bertajuk '100 Bloggers Diperlukan'
2. Pasang widget blogwalking di blog korang. Kod boleh diambil di sini. Sila jangan edit kod'nya
3. Submit permalink post di ruangan komen entri blog Yiedpozi
submit kat sini BLOG YIEDPOZI

Ok. dah siap..tak sampai 5 minit kan kan kan?? hehe

Nak tido dah. bye

REVIEW: Yogi Bear?

Image
Review la sikit pasal Yogi Bear yang aku tgk ptg tadi.huhu Aku tgk yang pukul 5.00pm punya. Aku tgk cerita Yogi Bear ni sebab kawan aku nak sangat tgk. Dari time kitorang pegi tgk Gulliver's Travel lagi dia dah sibuk nak tgk sebab dia nampak trailer Yogi Bear nih.

Tapi?? HAMPA.. Aku dah leh agak dah cerita ni suam2 kuku jer sebab time nak pegi beli tiket pon, ada beberapa kerat je orang yang nak tgk. Mostly couple la. Dan aku rasa diorang dtg pun ramai yang bukan nak tgk movie, tapi nak buat "movie". Aku xtaw la..andaian sahaja.huhu ampunkan jika salah,tapi aku rasa aku nmpk...eh eh xdela.hehe

Cerita dia kalo korang baca sinopsis dia pun dah taw ending dia.

Everyone's favorite pic-a-nic basket-stealing bear comes to the big screen in "Yogi Bear." Jellystone Park has been losing business, so greedy Mayor Brown decides to shut it down and sell the land. That means families will no longer be able to experience the natural beauty of the outdoors -- and, even wor…

Jom tengok Yogi Bear dan Green Hornet!

Image
Esok aku offday!! Yeayyyy!! Aku plan nak pegi tgk Yogi bear kat Alamanda esok. Murah movie hari rabu. dapat rm6 jer. Biasa mahal. Sape2 nak join, jom kita penohkan panggung wayang Alamanda esok!
Minggu lepas, aku tgk Green Hornet! Sumpah best giler! Cerita superhero yang xberapa terlalu mengikut jalan cerita superhero biasa. hehe Cerita dia memang kelakar. Aku gelak jer dari mula sampai la abis. Dia macam perasaan orang biasa yang ada sense of justice, then dengan kepakaran engineering si Kato, dan publisiti murahan, dari ketua suratkhabar, maka wujudlah The Green Hornet. Green Bees pada asalnya.hehe
Cerita lain banyak macam best tapi xde masa lak nak tgk. Huhuhu Yang cerita melayu aku xtgk kat wayang sebab ayah aku slalu langgan astro first 480. Ngangkung ada, Damping Malam ada, Aku masih Dara ada, terbaru nih, Hantu Kak Limah. So dari aku bazir duit tgk kat wayang ngan kat rumah baik aku tgk cerita omputih jer kat wayang. kat rumah ada astro..hehe macam2 ada.
k chow.

Adik aku dah ada blog!

Image
Adik aku buat blog pulak dah. Tah ikot sape lah tu. Bukan ikot aku, sebab aku xpenah citer pon psl blog aku kat dia. Hari2 dia sibuk ushar blog pmpn mane tah. Awek baru dia kot? Mungkin la..tu yang dia sibuk nak buat blog tuh. Suka ati dia la nak buat aper. Aku layankan je la.

Tunjuk la dia ape yang patut ala2 tourist guide blog sikit. Aku pon bukan pro blogger. Aku newbie jer. Laen la Mrdaha tue..pro abis. Blog aku memang dah lama lahir, tapi ak xpernah serius berblogging. Post pon merapu jer banyak. Aku tunjuk la adik aku tu mana dia nak tulis entry, mana nak post, edit html, template dsb. Aku suh dia guna template designer jer senang. Benda tu baru lagi..kira ok la..menyenangkan kerja newbie2 blogger nak start blog. X payah nak sibuk cari template kat google.

Aku xtaw la plak adik aku tu blog utk apa. Tgk post byk ayat cintan jer. Ok la tue. Blog dedikasi utk awek dia. Orang xde awek, diam2 sudah. Kira ok la dia dah ada niche utk blog dia. dah ada hala tuju dan masa depan.haha mera…

Skycatcherz Tales 9: Niaga, jangan beritahu costumer

Image
Salam~
(entry ini ditulis berdasarkan note aku)
Tahun 2009, 1st time kerja kat KL, macam2 aku belajar sepanjang aku kerja sana. Salah satunya ialah selok belok perniagaan, dan cara berkomunikasi dengan pelanggan. Tu x masuk cara nak deal dengan pelanggan pelik. Yang tu cerita kemudian.hehe


Antara banyak2 aku belajar, yang ni salah satunya.."bila berniaga ni,jangan bagitahu semuanya pada costumer".



Aku x ingat siapa yang bagitaw aku benda ni, mungkin pakcik aku, mungkin Din, mungkin jugak Hisyam. Tapi xkesah la asalkan aku ingat. Tapi aku kompom Din yang bgtaw aku. KOT.hehe

Aku dulu terlalu lurus bendul+jujur. So, bila costumer aku tanya berapa harga sekian sekian, aku pon cakap la..harganya kitorang jual dalam rm$$ tapi sebenarnya rm$$ dah boleh dapat. Kira aku bagitahu la berapa aku jual dan berapa aku amik untung. Pastu aku cerita la harga barang ni berapa, harga ni berapa..kenapa yang ni mahal, kenapa yang ni murah sikit dsb. Berapa harga satu kaki, bila boleh siap semua la.. (…

Tahun baru cina..apa2 je la...

Image
Ape la tahun baru cina.. Orang cina yang sambut, kita melayu lak yang kecoh. Malam semalam berdentam-dentum mercun. Kata mercun haram pun buat jugak. Lantak diorang la. Kebanyakkan orang suka sebab CUTI. Cuti cuti cuti..bape byk cuti daa.. Geram sebab org lain cuti, aku xdapat cuti. Member aku nak tunang esok, mintak cuti xdapat. Pergh..tensen2.. Sib baik tunang jerk. Kalo kawin, bos xbagi jugak cuti, mmg aku bikin havoc arr..

Tiap tahun,sambut gong xi fa chai. Aku xbyk taw. Balik2 angpau merah, malam kumpul2 makan besar, singa menari2, abis. Pastu time2 ni sumer kecoh, tahun binatang ape pulak. Harimau la..Singa la. Ular la.. Aku tahun binatang ape pun aku tak taw. Malas nak google search jer.

Pastu mula la open house sana sini. PM pun nak buat open house. Raya dia buat, Cina pun buat. Thaipusam buat? aku xtaw. aku xtgk berita.wakakaka


Kesimpulannya, chinese new year 2011 ni, xde pape efek pon kepada perjalanan hidup seharian ku.

Skycatcherz Tales 8: Impian

Image
Salam~
Skycatcherz Tales continue...

Kali ni nak cerita la sikit pasal impian. Impian, cita-cita, harapan, semuanya boleh la dikategorikan sama sebab semuanya benda dan perkara yang kita mahukan, idamkan dan inginkan. Tak kira la apa pun.
So? Apa impian anda? ceewah..

Back to 2009 (ketika aku tulis note nih, sila refer link atas)..aku time tu memang xde impian ape-apa pun. Time tu kira zaman kegelapan aku la..semua yang aku buat kantoi, semua yang aku cuba, gagal. Aku boleh kata dah sampai tahap putus harapan la dengan kehidupan ni. Tapi nasib baik aku still waras, ada ibubapa, keluarga, masih lagi berpegang pada agama, so aku tak la sampai nak bunuh diri.huhu

Melalut la plak..so back to topik. Time tu, aku xde impian. xde apa-apa pun yang aku impikan.seriously.
Bukannya aku xnk ada impian, cuma aku tak boleh nak bermimpi mempunyai impian. Aku time tu miskin. Papa kedana..hodoh lagi la bodoh. So, x ke nampak la sangat tambah2 la bodoh kalau aku impikan nak kereta cooper sebijik? rumah …

Perempuan pun merokok ker??

Image
Salam~

Aku tak tahu la, trend semasa ker, gaya hidup baru zaman moden ker, tapi sekarang ni, aku nampak ramai perempuan yang merokok. Kenapa? Kenapa korang merokok ha? Adeh...sakit mata aku tengok, sakit lagi ati ni tahan geram campur sedih..huhu

Aku kerja kedai makan..datang la costumer 3-4orang, Pekerja pejabat. Tiga laki sorang perempuan. Lepas makan jer, macam biasala kalau korang nampak lelaki bukak kotak rokok pastu hisap, dah memang macam tu selalu, tapi kali ni, aku nampak bukan lelaki jer..si perempuan tu pon join sekaki. Kenapa?

Costumer lain, student, remaja. Dua laki dua perempuan. Lepas order, borak2 sambil tunggu makanan sampai, si brader ni mintak la aku lighter, aku ckp xde (sbb ak x hisap rokok), pastu member aku pon bagi la lighter. Tengok2, bukan untuk lelaki tu, tapi untuk 2 orang minah tu. Last2 semua 4-4 hisap. Kenapa?

Costumer lain, satu family. Ayah, Mak, 2 anak perempuan. Sorang anak dia belasan tahun, remaja, sorang lagi budak kecil suci murni lagi, sekolah r…