Adik aku dah ada blog!

Adik aku buat blog pulak dah. Tah ikot sape lah tu. Bukan ikot aku, sebab aku xpenah citer pon psl blog aku kat dia. Hari2 dia sibuk ushar blog pmpn mane tah. Awek baru dia kot? Mungkin la..tu yang dia sibuk nak buat blog tuh. Suka ati dia la nak buat aper. Aku layankan je la.

Tunjuk la dia ape yang patut ala2 tourist guide blog sikit. Aku pon bukan pro blogger. Aku newbie jer. Laen la Mrdaha tue..pro abis. Blog aku memang dah lama lahir, tapi ak xpernah serius berblogging. Post pon merapu jer banyak. Aku tunjuk la adik aku tu mana dia nak tulis entry, mana nak post, edit html, template dsb. Aku suh dia guna template designer jer senang. Benda tu baru lagi..kira ok la..menyenangkan kerja newbie2 blogger nak start blog. X payah nak sibuk cari template kat google.

Aku xtaw la plak adik aku tu blog utk apa. Tgk post byk ayat cintan jer. Ok la tue. Blog dedikasi utk awek dia. Orang xde awek, diam2 sudah. Kira ok la dia dah ada niche utk blog dia. dah ada hala tuju dan masa depan.haha merapu ape lak aku nih.

Aku lak, masih terumbang ambing mencari jalan. Dulu2 poyo post english jer. Pastu dah penat lak speaking jer. Pastu semangat nak post2 pasal download2. Download games la. software download la. Tapi sekejap jer pastu stop dah. Pastu last2 ending dengan menjadikan blog utk aku merapu, bercerita ape2 yang terlintas difikiran nih. Nak kate entry aku kelakar, x jugak, serius, xjugak..xde pulak aku cerita pasal org mati ker hantu ker. Aku just post ape2 je yang aku nak.haha

Ada org baca? XDE! hahaha tgk chatbox xgerak pon seminggu tinggal. ada org dtg pon aku rasa spam. Xpe..xde org pon xpe. Aku bukan femes mcm org lain. Bukan hensem apatah lagi a funny guy yang sume org nak kenal. Fuuh tdi blogwalking jmpe blog awek cun. yuyu zulaika siap ada fan page lagik. ak tergelak besar bila baca ayat "sila berani berhadapan dengan risiko muntah berdarah apabila yuyu suka tepek muka besar gedabak kat entry" sebab apa aku gelak?? sebab memang aku terkejut tgk muka besar, mata bulat dia penuh separuh skrin laptop aku ni.haha lawak2

ak bw silent reader jer. malas lak nk bising2 jerit sana sini yang aku bw. yang datang jerit2 tu sume spam jer. nak kan traffik. nak kan duit? ah malas aku citer psl duit2 ni walaupun aku taw dengan berblogging boleh dapat duit. siap masuk paper lagi pendapatan sejuta? xla sejuta..12 ribu jer. itu redmummy.

ok lah..xkesah lah.. aku blogging just nak suka suki jer. aku suka follow orang pon sebab aku suka baca blog orang lain. kira hari2 aku bw secara senyap baca semua entry orang jer. xla semua..xsempat semua.. kira macam baca suratkhabar la. ko selak2 nmpk cambest ko baca. sama la blog ni. ko scrol2 ke bawah, nmpk tajuk entry cambest, ko right klik, open new tab! hehe

bye~

p/s: makin ramai org ada blog, tapi berapa ramai yang aktif ber-blog?
......
...........
.................
.............................
dan kenapa sekarang blog dah dipanggil belog??
 benda dah senang taip guna 4 huruf je tapi ditambah satu lagi huruf plak.aiyayaya

Comments

Mrdaha said…
Yang ko jadi silent reader watpe? at least tinggal la jejak kat chatbox org tu. paling bagus skali tinggal komen.. baru orang kenal ko dan visit ko. lagi satu join Blogger Malaya dan IPT blogger kat facebook. aku admin utk 2-2 group tu. penat2. ha3.

Popular posts from this blog

5 benda korang jangan buat kalau datang Saba Restaurant

Awek Cun & Comel: Patut Tegur atau Tidak?

Demam..macamana nak elak dan dapat.