• RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Skycatcherz Tales 8: Impian

Posted by Aidil on Thursday, February 03, 2011 No comments

Salam~
Skycatcherz Tales continue...

Kali ni nak cerita la sikit pasal impian. Impian, cita-cita, harapan, semuanya boleh la dikategorikan sama sebab semuanya benda dan perkara yang kita mahukan, idamkan dan inginkan. Tak kira la apa pun.
So? Apa impian anda? ceewah..

Back to 2009 (ketika aku tulis note nih, sila refer link atas)..aku time tu memang xde impian ape-apa pun. Time tu kira zaman kegelapan aku la..semua yang aku buat kantoi, semua yang aku cuba, gagal. Aku boleh kata dah sampai tahap putus harapan la dengan kehidupan ni. Tapi nasib baik aku still waras, ada ibubapa, keluarga, masih lagi berpegang pada agama, so aku tak la sampai nak bunuh diri.huhu

Melalut la plak..so back to topik. Time tu, aku xde impian. xde apa-apa pun yang aku impikan.seriously.
Bukannya aku xnk ada impian, cuma aku tak boleh nak bermimpi mempunyai impian. Aku time tu miskin. Papa kedana..hodoh lagi la bodoh. So, x ke nampak la sangat tambah2 la bodoh kalau aku impikan nak kereta cooper sebijik? rumah apartment besar dan duit banyak juta lemon? awek? jangan cakap la..sah2 xde. Time tu aku rasa baik aku single. Ada awek pun cuma tambah susah bkn pada aku, tapi pada dia jugak. Pmpn sekarang..bf xde duit straight reject. Tipu la kalau x betol.

Aku sedar sape aku. Benda2 tu..xmampu aku nak dapat weh. Kalau dapat, memang rezeki tak dijangka la. Tetiba menang peraduan ker..tapi aku xde pun masuk pape peraduan. Bila aku story benda ni kat member aku, diorang semua kata sabar..sabar..ada hikmah ko idup susah..dsb.

Aku jugak belajar agama dan tahu dalil yang cakap, xde sape leh ubah kehidupan kita kalau bukan kita sendiri yang ubah. Tapi macamana kita nak ubah kalau peluang tu kita x nampak? Then mula la..macam2 peluang keluar..dan mostly MLM. Kalau sape2 kaji, cerita orang2 MLM semua sama..mula2 susah..then try, pastu berjaya kaya raya.. tapi xpernah lak dengar org kaya try MLM jadi lagi lagi kaya. Bagi aku, MLM ni kalau ko kaya, sebenarnya ramai yang miskin untuk meng"kaya"kan ko. So,terasa macam makan duit haram la pulak walau pun semua kaki MLM kata itu halal..tunjuk bukti dan sebagainya.

Aku jugak tahu kepentingan mempunyai impian. Orang kata, impian tu boleh dijadikan panduan dan galakkan untuk ko berusaha mencapai impian yang ko nak. Tapi nak buat macamana..aku memang orang jenis macam ni. Aku TAK boleh impikan nak sesuatu yang aku TAK boleh dapat. Dan oleh sebab keadaan aku di tahun 2009 itu terlalu teruk dan jatuh ke tahap terendah, maka aku XDE IMPIAN LANGSUNG.

p/s: Sekarang, 2011. Syukur ke atas-Nya. Kehidupan aku semakin baik dan aku akhirnya mampu mempunyai impian ~(^_^)~

0 comments:

linkwithin

Related Posts 

with Thumbnails
 
  • NetworkedBlogs

  • Blogger Community

    Ourbloggerlists

    BlogMalaysia.com

    Blogged.my
    Personal blogs
  • My Blog List

  • Blog Archive

    Gengblogger