Skycatcherz Tales 9: Niaga, jangan beritahu costumer

Salam~
(entry ini ditulis berdasarkan note aku)
Tahun 2009, 1st time kerja kat KL, macam2 aku belajar sepanjang aku kerja sana. Salah satunya ialah selok belok perniagaan, dan cara berkomunikasi dengan pelanggan. Tu x masuk cara nak deal dengan pelanggan pelik. Yang tu cerita kemudian.hehe


Antara banyak2 aku belajar, yang ni salah satunya.."bila berniaga ni,jangan bagitahu semuanya pada costumer".



Aku x ingat siapa yang bagitaw aku benda ni, mungkin pakcik aku, mungkin Din, mungkin jugak Hisyam. Tapi xkesah la asalkan aku ingat. Tapi aku kompom Din yang bgtaw aku. KOT.hehe

Aku dulu terlalu lurus bendul+jujur. So, bila costumer aku tanya berapa harga sekian sekian, aku pon cakap la..harganya kitorang jual dalam rm$$ tapi sebenarnya rm$$ dah boleh dapat. Kira aku bagitahu la berapa aku jual dan berapa aku amik untung. Pastu aku cerita la harga barang ni berapa, harga ni berapa..kenapa yang ni mahal, kenapa yang ni murah sikit dsb. Berapa harga satu kaki, bila boleh siap semua la..
(ni kat kedai advertising..jual banner, bunting, signboard, etc)

Lepas habis urusniaga, Din ushar aku, dia pon ckp la slow2 ngan aku. Dia cakap jgn bgtaw semua benda kat costumer. Aku pelik la. Kenapa? Salah ker? Dulu aku belajar urus niaga kena jujur, kalau barang ada rosak, kita cakap kat pelanggan tu. Berapa kita amik untung dan sebagainya. (x percaya bukak buku muamalat edisi sekolah johor huhuhu)

Tapi Din cakap jangan. Sebab, kalau kita bagitahu harga sebenar, nanti diorang nak harga sebenar..diorang xnk bayar harga kita jual. Nanti kita jugak yang rugi. Lepas tu, jangan bagitahu harga sebenar sebab harga barang2 ni bukan fixed price. Ada masa mahal ada masa murah..tengok keadaan semasa, kadang2 kilang jual mahal,so harga pun naik. Kalau bgtaw harga sebenar,bila harga naik,nanti diorang bising,xnk bayar sebagainya. Pastu jangan bagitaw tarikh tetap bila boleh siap, cakap kat dia, kalau dah siap nanti kita call. Kalau bg tarikh tetap, buatnya time tu kerja banyak, x sempat siap, dah susah..nanti costumer bising kita kerja x betol, x cekap la, x mahir la..ape sumer.

Aku time tu terkebil-kebil je la mata dan panas telinga dengar ceramah Din petang tu.hehehe
Semua yang dia cakap ada betulnya. Mungkin itu semua pengalaman lama dia bekerja kat sini.
Dia dah lagi tahu perangai costumer KL ni dari aku.
So, Trima kasih Din kerana memberiku nasihat dan pengajaran yang tak boleh aku belajar dari buku sekolah.huhu

p/s: Apa la cerita Din sekarang nie..anak dia mesti dah besar..hehehe..


Comments

Popular posts from this blog

5 benda korang jangan buat kalau datang Saba Restaurant

Awek Cun & Comel: Patut Tegur atau Tidak?

Demam..macamana nak elak dan dapat.